• Guru Agama Ditembak Mati Selepas Solat Tarawih

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    PATTANI: Seorang guru agama maut manakala anak lelakinya cedera parah ditembak sekumpulan lelaki tidak dikenali di daerah Nongchik, sebuah wilayah selatan Thailand malam semalam, selepas mereka menunaikan solat Tarawih.

    Kejadian yang mengorbankan Awae Taksatu, 55 dan mencederakan anaknya Atif, 12 itu berlaku di Sekolah Agama Mulniti Chumchon Islam Suksa, Kampung Pulut Puyo pada 9.35 malam waktu tempatan.

    “Dalam kejadian itu isteri mangsa terselamat,” kata Penolong Ketua Bahagian Siasatan Polis Nongchik, Kapten Sarawuth Nucharang hari ini dan menambah, mangsa ditembak di bahagian kepala dan dada.

    Menurut Sarawuth, lima lelaki bertopeng menunggu di luar masjid yang terletak dalam sekolah agama itu dan melepaskan tembakan yang mengenai dada mangsa ketika beliau cuba melarikan diri menyebabkannya terjatuh.

    Seorang lagi penyerang melakukan tindakan susulan dengan melepaskan tembakan di bahagian kepala mangsa dan membunuhnya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Guru Agama Ditembak Mati Selepas Solat Tarawih "