• GrabCar ‘Buang’ Pemandu Biadab Serta Merta

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    Tindakan memalukan dan mengutuk pelanggan di dalam video oleh seorang pemandu GrabCar akhirnya menerima padah apabila dia disingkirkan serta merta semalam.

    GrabCar menerusi laman Twitter memaklumkan pemandu tersebut telah dikeluarkan daripada sistem perkhidmatan mereka serta-merta selepas video tersebut tular menerusi laman sosial.

    Semalam tular di laman sosial mengenai video yang memaparkan seorang pemandu GrabCar yang mengutuk pelanggannya dalam bahasa Malaysia ketika membawa mereka ke satu destinasi.


    Pelanggan GrabCar itu terdiri dari dua pelancong dari China dan menggunakan perkhidmatannya untuk ke satu destinasi.

    Video yang dirakamkan oleh pemandu itu sendiri tular di laman sosial selepas aksinya mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut.

    Teksi, Uber dan GrabCar sering kali digambarkan antara wajah pertama Malaysia. Apabila pelancong bertemu dengan pemandu mesra, amanah dan ramah pada kali pertama ketika berkunjung ke satu-satu negara, mereka akan membina perasaan positif di dalam hati mereka ketika melancong.

    Namun, jika sebaliknya pula yang berlaku, maka negatiflah pemikiran pelancong tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " GrabCar ‘Buang’ Pemandu Biadab Serta Merta "