• GP Azerbaijan: Alonso Jangka Berdepan Kesukaran

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    LONDON: Fernando Alonso menjangkakan menerima lebih banyak penalti grid pada perlumbaan di Azerbaijan hujung minggu ini, kesan daripada masalah berterusan pada unit kuasa enjin jentera McLaren-Honda.

    "Bukan rahsia lagi kami jangka mengharungi hujung minggu ini dalam suasana sukar," katanya dalam pratonton pasukannya sebelum perlumbaan di Baku, pusingan kelapan saingan Formula Satu (F1) musim ini.

    "Selepas isu unit kuasa enjin, ada kemungkinan kami berdepan penalti. Dan adalah perkara biasa, pantas pada laluan lurus dan selekoh yang mencabar bermakna akan menyukarkan untuk memotong," tambah pelumba Sepanyol itu.

    "Namun, ia tidak mustahil, dan kami akan terus berjuang seperti yang kami selalu lakukan."

    Alonso yang juga juara dunia dua kali bersama Renault pada tahun 2005 dan 2006, tersingkir awal dalam perlumbaan di Kanada pada 12 Jun lalu kerana kegagalan unit kuasa enjin ketika mengejar tempat ke-10.

    Dia turut tidak menolak kemungkinan mereka akan bermula di petak belakang di Baku.

    McLaren selaku pengeluar yang 12 kali muncul juara dunia dan pasukan kedua paling berjaya dalam F1 dari segi kemenangan perlumbaan berada di kedudukan tercorot dalam persaingan ketika ini dan satu-satunya pasukan yang belum meraih mata. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " GP Azerbaijan: Alonso Jangka Berdepan Kesukaran "