• Gempa 5.2 Magnitud Landa Jepun

    Published: Sunday, 25 June 2017
    A- A+

    TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda bahagian tengah Jepun, pagi ini tetapi tidak ada sebarang amaran tsunami, menurut pihak berkuasa.

    Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gempa dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 30 km dari barat Ina di Nagano itu berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan.

    Tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau pun kerosakan dan Agensi Kaji Cuaca Jepun tidak mengeluarkan amaran tsunami. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa 5.2 Magnitud Landa Jepun "