• Foto Menteri Indonesia Tertidur Keletihan Di Lapangan Terbang AS Tular

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    GAMBAR seorang menteri Indonesia yang sedang tidur di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat tular di media sosial.

    Memetik laporan The Jakarta Post, gambar Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti tidur dirakam di ruang VIP Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York.

    Susi berada di AS untuk menghadiri satu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu maritim pada Ahad.

    Gambar Susi dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Jim B Aditya pada Isnin.

    Jim berkata kehadiran Susi di persidangan PBB itu turut mendapat pujian aktor terkenal Leonardo DiCaprio.

    "Beliau mendapat pujian dari Leonardo, sebagai wanita yang berani dalam usahanya memerangi penangkapan ikan secara haram.

    "Beliau layak diberi gelaran Ibu Maritim Indonesia. Tertidur keletihan di ruang VIP Lapangan Terbang JFK," tulis Jim.

    Catatan itu telah menerima lebih dari 3,300 perkongsian dan lebih dari 700 komen.

    Ramai yang memuji Susi dan anggap beliau sebagai wanita yang luar biasa.

    "Salah satu menteri kesayangan saya," tulis Andika Hananto Gunawan.

    Tambah seorang lagi pengguna media sosial, Eri Ruslianti: "Luar biasa! Semoga sihat selalu Ibu Susi."

    Seorang lagi netizen, Vincent Woge, berkata Susi merupakan seorang wanita yang berani dan tegas. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Foto Menteri Indonesia Tertidur Keletihan Di Lapangan Terbang AS Tular "