• FIFA Siasat Magogo Jual Tiket Percuma

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    KAMPALA: Orang nombor satu Persatuan Bola Sepak Uganda, Moses Magogo, disiasat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan terbabit dalam kes penjualan tiket haram pada Piala Dunia 2014.

    Menurut surat yang dihantar FIFA kepada Magogo yang kemudiannya diperoleh AFP, ketua badan induk negara itu didakwa kerana menjual tiket percuma yang diperuntukkan kepada Uganda.

    "Kami menerima maklumat FIFA mengenai tuduhan dibangkitkan dan pasukan perundangan saya sedang menyelesaikan masalah ini," kata Mogogo kepada AFP selain mengesahkan dakwaan itu.

    Siasatan timbul selepas Ahli Parlimen Uganda, Allan Ssweanyana - yang juga pemilik sebuah kelab bola sepak tempatan, melaporkan kepada FIFA mendakwa Magogo menjual 177 tiket yang diperuntukkan untuk Uganda kepada seorang ejen di Amerika Syarikat, Mei lalu.

    Magogo yang berada dalam badan induk itu sejak lima tahun lalu, dilihat bersedia untuk mempertahankan jawatannya selepas persatuan berkenaan membatalkan penyertaan pencabarnya menjelang pemilihan, 5 Ogos ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " FIFA Siasat Magogo Jual Tiket Percuma "