• FGV: Zakaria Sedia Terima Sebarang Keputusan

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad sedia menerima apa sahaja keputusan mengenai nasib dirinya di dalam syarikat itu.

    Difahamkan, satu pengumuman penting mengenai FGV akan dibuat selepas pertemuan antara Isa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini.

    Zakaria berkata, beliau tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengenai pertemuan antara Najib dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad hari ini.

    "Saya ada dengar pertemuan ini akan dibuat, tetapi tidak pasti ia mengenai apa.

    "Namun, apa saja pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri esok (hari ini), saya akan terima," katanya kepada BH. Zakaria yakin dirinya berada di pihak yang benar di sebalik kemelut yang melanda FGV ketika ini.

    "Saya kini sedang menyediakan jawapan untuk membalas surat tunjuk sebab yang diterima, Selasa lalu.

    "Tempoh akhir untuk saya jawab pada Selasa ini (esok), jadi sama ada esok (hari ini) atau lusa saya akan jawabnya," katanya.

    Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria; Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " FGV: Zakaria Sedia Terima Sebarang Keputusan "