• Duterte Mohon Maaf Pertempuran Di Marawi

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    ILIGAN: Presiden Filipina Rodrigo Duterte memohon maaf kerana tentangan tentera menyebabkan bandar utama Islam di Marawi musnah. Bagaimanapun beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan untuk menghapuskan militan dikaitkan Daesh.

    Duterte juga berikrar, serangan udara disokong Amerika Syarikat (AS) di Marawi akan diteruskan, ketika konflik itu memasuki minggu kelima tanpa sebarang tanda tamat dan melaporkan angka kematian meningkat kepada 370 orang.

    "Saya amat, amat, amat kesal perkara seperti ini berlaku kepada kita.

    Saya berharap anda dapat memaafkan tentera dan kerajaan, atau malah saya sendiri," kata Duterte di pusat pemindahan berhampiran Malawi di mana penduduk yang melarikan diri daripada pertempuran ditempatkan.

    Pertempuran itu menyaksikan, Marawi, dianggap ibu kota Islam di negara majoriti Katolik Filipina, bertukar daripada pusat perdagangan sibuk menjadi bandar perang seperti di Iraq atau Syria.

    Ia bermula apabila beratus militan mengibarkan bendera Daesh mengamuk di Marawi pada 23 Mac lalu, membakar bangunan dan mengambil tebusan Kristian.

    Duterte segera melaksanakan undang-undang tentera di seluruh rantau selatan Mindanao, menempatkan 20 juta penduduk, mengatakan serangan itu adalah permulaan cubaan Daesh menubuhkan khalifah di sana.

    Ratusan orang awam dipercayai masih terperangkap dalam kawasan dikawal militan, menurut pihak berkuasa tempatan dan pekerja bantuan. -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Duterte Mohon Maaf Pertempuran Di Marawi "