• Duta Malaysia Di Chile Dirompak 5 Penjenayah

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahya dan keluarga berdepan detik cemas apabila dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.

    Dalam kejadian berlaku pada jam 11.15 malam Ahad waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia) itu, lima individu dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.

    Portal Biobiochile.cl melaporkan, Dr Mohamad Rameez memberitahu dipukul di kepala sebelum tangannya diikat selain suspek bertindak mengugut untuk memotong telinga isterinya.

    “Mereka juga mengambil kesemua barang kemas milik anak dan isteri serta meminta sejumlah wang. Jika enggan, mereka akan membunuh anak saya,” katanya.

    Jelasnya, kejadian tersebut menyebabkan mereka sekeluarga trauma namun bersyukur kerana terselamat.

    Sementara itu pihak berkuasa Chile menjalankan siasatan termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.

    Dr. Mohamad Rameez pada masa sama meminta tahap keselamatan di Chile dipertingkat.

    Sementara itu, media tempatan melaporkan Wisma Putra mengesahkan kejadian dan memaklumkan Dr Mohamad Rameez dan keluarganya selamat. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Duta Malaysia Di Chile Dirompak 5 Penjenayah "