• Di Maria Kena Bayar RM9.6 Juta

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+

    Bekas pemain Real Madrid Angel Di Maria mencapai persetujuan dengan pendakwaraya Sepanyol terhadap tuduhan mengelak cukai membabitkan hak imejnya, menurut sebuah mahkamah berpangkalan di Madrid, semalam.

    Di Maria kini beraksi bersama kelab Perancis Paris St Germain (PSG) akan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan penipuan cukai yang membawa hukuman penjara selama lapan bulan bagi setiap satu dan menyelesaikan keseluruhan sebanyak 2 juta euro (RM9.6 juta), menurut mahkamah itu.

    Di bawah undang undang Sepanyol, kesalahan pertama tidak perlu menghabiskan masa di penjara untuk hukuman di bawah tempoh selama dua tahun.

    Pemain tengah Argentina dan bekas pemain Manchester United itu dituduh gagal membayar cukai sebanyak 1.3 juta euro (RM6.2 juta) kepada pihak berkuasa percukaian Sepanyol pada 2012-2013.

    Dia memberikan hak imejnya kepada syarikat berpangkalan di negara syurga cukai seperti Panama.

    Bagaimanapun wakil Di Maria tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

    Kes penipuan cukai sama turut melanda pemain berprofil tinggi seperti penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo dan pengurus Manchester United Jose Mourinho yang dikenakan tuduhan ketika menjadi jurulatih Real Madrid.

    Ejen Mourinho sudah menguruskan tuduhan pihak berkuasa cukai pada 2015 dengan menyelesaikan isu fail 2011 serta 2012 dan mencapai persetujuan berhubung kes 2013.

    Ronaldo menafikan sebarang salah laku.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Di Maria Kena Bayar RM9.6 Juta "