• Derita Otak Luar Kepala

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    GEORGETOWN: “Saya risau dan sedih mengenangkan nasib anak, Nur Safa Sabri, 11 bulan berikutan beratnya semakin berkurangan, kepala menjadi besar dan terpaksa menahan sakit setiap hari kerana otak berada di luar tempurung kepala,” demikian luahan Che Basah Adnan, 40, ibu kepada kanak-kanak kurang upaya yang tinggal di Tanjong Tokong, di sini.

    Che Basah berkata, anak bongsunya itu dilahirkan tahun lalu dengan keadaan kepalanya besar dan otak di luar tempurung kepala serta menjalani pembedahan pada usia tiga hari selepas dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP), Jun lalu.

    “Selepas Nur Safa dilahirkan, doktor tidak membenarkan saya berjumpa dengannya hampir 11 jam. Doktor hanya membawa dia bertemu selepas saya menangis dan merayu berjumpa dengannya.

    “Selepas membalut kepala anak saya, doktor membawanya bertemu saya. Namun, ketika itu saya tidak dibenarkan menyusu Nur Safa, sebaliknya hanya dapat melihatnya dari dekat beberapa jam sebelum dia dibawa ke bahagian khas,” katanya yang memiliki empat anak.

    Che Basah mengakui sedih selepas melihat kepala bayinya itu dibalut kain dan tertanya-tanya mengapa bayinya itu perlu dibalut sedemikian sebelum doktor memberitahu otak anaknya berada di luar tempurung kepala dan menunjukkan gambar pada telefon bimbit.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Derita Otak Luar Kepala "