• Demi Raya! Wanita Beli Tudung RM21,600, Lelaki Beli Samping RM30,000

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    Jika wanita sanggup berhabis duit untuk memiliki koleksi tudung eksklusif yang mencecah harga RM21,600 sehelai, kaum lelaki pula tidak ketinggalan berbelanja untuk aksesori pakaian berkualiti tinggi misalnya samping.

    Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mendapati samping berharga ribuan ringgit masih mendapat sambutan daripada pembeli, lapor Kosmo!.

    Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping yang diperbuat daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

    Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu itu terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

    Tahun ini pula samping paling mahal yang telah terjual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang pembeli dari Brunei.-Astro Gempak

    Subjects:

  • 1 comment to ''Demi Raya! Wanita Beli Tudung RM21,600, Lelaki Beli Samping RM30,000"

    ADD COMMENT