• Datuk Bandar Persoal Tahap Keselamatan Grenfell Tower

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan mempersoalkan tahap keselamatan bangunan 24 tingkat yang terbakar dan meragut beberapa nyawa serta 50 cedera.

    Kebanyakan mangsa yang terperangkap sedang tidur ketika kejadian di Grenfell Tower, tengah London, pagi ini.

    Beberapa penghuni di situ berkata mereka dinasihatkan tidak keluar dari apartmen itu ketika ketika api sedang marak, manakala persatuan penduduk sebelumnya pernah diberi amaran mengenai risiko kebakaran di bangunan itu.

    "Ini soalan amat penting yang perlu dijawab," kata Sadiq kepada Radio BBC hari ini.

    "Ada banyak bangunan tinggi di London dan keselamatan penghuninya terjejas disebabkan nasihat yang salah. Ada pihak mendakwa bangunan terbabit tidak diselenggara," kata Sadiq.

    Beliau berkata demikian susulan kenyataan pihak bomba bahawa ia sedang memeriksa struktur binaan bangunan itu.

    "Jurutera dan penasihat penyelamat kami yang kini berada di tingkat 19 dan 20 sedang memantau kestabilan bangunan itu," kata Dany Cotton, Pesuruhjaya Bomba London. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Datuk Bandar Persoal Tahap Keselamatan Grenfell Tower "