• DAP Gagal Bawa Sinar Kepada Penduduk Batu Kawa

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong yang menuduh beliau tidak menjalankan tugas di Skim Penempatan Semula Stapok.

    Sejak menjadi Pengerusi MPP, beliau berkata, tahun ini adalah kali pertama MPP diperuntukkan RM30 juta di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk projek menaik taraf jalan raa dalam kawasan pentadbiran MPP merangkumi Batu Kitang dan Batu Kawa.

    Memetik laporan The Borneo Post, Lo menjelaskan, selain daripada RM30 juta, RM24 juta lagi telah diperuntukkan kepada MPP tahun ini untuk menaik taraf sistem saliran.

    "Dan ini adalah tahun pertama bagi diri saya dan (Datuk) Dr Sim (Kui Hian) sebagai wakil rakyat untuk kedua-dua kerusi.

    "Kami berdua berusaha sebaik mungkin untuk membaiki dan meningkatkan sistem perparitan di dalam kawasan kami, dan kerja-kerja sedang dilaksanakan di kawasan seperti Jalan Arang, RPR Batu Kawa dan Desa Wira.

    "Dr Sim telah memainkan peranan dalam mendapatkan semua peruntukan ini. Tetapi apa yang telah dilakukan DAP di kawasan itu dalam tempoh lima tahun yang lalu apabila mereka memenangi kerusi Batu Kawa pada 2011?," soalnya.

    Lo berkata MPP telah melihat sistem saliran seluru di kawasan Stapok dan bukan hanya di satu kawasan penempatan semula.

    Beliau berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya RM60 juta untuk membaiki keseluruhan sistem saliran di Stapok.

    "Perkara ini tidak boleh dilakukan dalam masa satu tahun. Tidak juga Violet, malah DAP, boleh melakukannya dalam masa setahun," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Gagal Bawa Sinar Kepada Penduduk Batu Kawa "