• CTRM Jadi Pengeluar Tunggal Fan Cowl Airbus A350

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    MELAKA: Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) akan menjadi pengeluar tunggal komponen Fan Cowl pesawat Airbus A350 di dunia.

    Ini berikutan langkah Airbus SAS untuk memindahkan operasi pengeluaran komponen itu di Chulavista Riversid, Amerika Syarikat (AS) ke Melaka mulai hujung tahun ini.

    Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof, berkata apabila pemindahan berlaku sepenuhnya kelak, unjuran pertambahan pendapatan syarikat akan melonjak kepada RM107 juta tahun depan.

    Beliau berkata, dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang unjuran pertumbuhan pendapatan itu akan berganda kepada RM174 juta apabila pengeluaran 13 unit cipset Fan Cowl pesawat Airbus A350 berjaya dilaksanakan.

    A350 adalah pesawat Airbus pertama yang mana kedua-dua struktur, fiuslaj dan sayap menggunakan bahan binaan utama daripada gentian karbon yang dikukuhkan dengan polimer.

    Shamsuddin berkata, CTRM kini mengeluarkan separuh bahagian Fan Cowl pesawat Airbus A350 dan separuh bahagian lagi dikeluarkan di kilang di Chulavista Riversid, namun apabila pemindahan selesai, pihaknya akan menjadi pengeluar tunggal Fan Cowl pesawat Airbus A350 di dunia.

    INFO:

    Airbus A350
    pesawat berbadan-lebar jarak jauh
    enjin berkembar
    Varian tempat duduk kira-kira 280 - 366 penumpang

    Subjects:

  • No Comment to " CTRM Jadi Pengeluar Tunggal Fan Cowl Airbus A350 "