• China Denda Emirates

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    SHANGHAI: Pihak berkuasa penerbangan awam China mendenda syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai dan menghalangnya dari menambah destinasi baharu dan jumlah pesawat di negara itu selama enam bulan. 

    Tindakan itu dibuat selepas dua insiden yang dianggap 'operasi yang tidak selamat', lapor agensi berita Xinhua, hari ini. 

    Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) berkata anak kapal syarikat penerbangan itu bertanggungjawab ke atas insiden pada 17 April lalu di mana pesawat terbang pada ketinggian yang salah manakala pada 18 Mei pesawat terputus hubungan seketika dengan kawalan trafik udara. 

    Kedua-dua insiden berlaku di rantau barat pedalaman Xinjiang, China, katanya. CAAC mendenda syarikat penerbangan jarak jauh terbesar dunia itu 29,000 yuan (RM18,165) dan berkata ia sudah memanggil pegawai kanan syarikat penerbangan itu untuk perbincangan, lapor Xinhua tanpa mengulas lanjut. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " China Denda Emirates "