• Britain, Perancis Tangani Militan Secara Dalam Talian

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    LONDON: Britain dan Perancis akan bekerjasama menangani ancaman militan yang beroperasi secara dalam talian.

    Perdana Menteri Britain, Theresa May, dijangka mengumumkan kerjasama itu hari ini, susulan lawatannya ke Perancis, iaitu lawatan pertama ke luar negara selepas pilihan raya, baru-baru ini.

    Lawatan May ke Perancis itu juga dipercayai bertujuan memulihkan imejnya, selain menumpang populariti Presiden, Emmanuel Macron, yang mencatat kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Presiden Perancis, bulan lalu.

    Jurucakap May berkata, kedua-dua pemimpin akan memberi tumpuan terhadap isu antipengganas, susulan janji kempen pilihan raya Perdana Menteri Britain itu untuk menangani isu militan secara dalam talian.

    Ia susulan dua serangan di Manchester dan London, yang mengorbankan 30 mangsa.

    "Kerjasama antipengganas antara agensi perisikan Britain dan Perancis sudah sedia ada kukuh. "Namun, Presiden Macron dan saya bersetuju, banyak lagi boleh dilakukan untuk menangani ancaman pengganas secara dalam talian," kata May.

    Perdana Menteri Britain itu juga diramal mengadakan perbincangan berhubung hasrat Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

    Hasrat Britain dipercayai terjejas selepas Parti Konservatif pimpinan May gagal memperolehi majoriti dalam Pilihan Raya Parlimen, baru- baru ini. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Britain, Perancis Tangani Militan Secara Dalam Talian "