• Britain benar warga EU kekal selepas Brexit

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+
    Foto Washington Post
    BRUSSELS: Perdana Menteri Britain, Theresa May, berjanji membenarkan penduduk blok Kesatuan Eropah (EU) kekal di negara itu selepas proses Brexit.

    Perkara itu dinyatakan ketika bertemu pemimpin Eropah buat kali pertama sejak pilihan raya.

    Berada dalam tekanan sejak kehilangan majoriti pada pilihan raya 8 Jun lalu, May memberi jaminan berhubung nasib kira-kira tiga juta penduduk Eropah yang tinggal di Britain.

    Canselor Jerman, Angela Merkel, berkata rancangan itu adalah permulaan yang baik tetapi masih banyak persoalan perlu dihadapi berhubung Brexit.

    Sebelum ini, Merkel menyatakan Brexit bukan agenda utama bagi 27 anggota EU dan optimis untuk meletakkan blok berkenaan kembali di landasan selepas dilanda krisis sejak sekian lama.

    Sebaliknya, EU mahu menunjukkan perpaduan dengan menekankan rancangan menangani keganasan, pertahanan dan membaharui sekatan ekonomi terhadap Russia berhubung perang di timur Ukraine.

    "Bagi saya, pembentukan masa depan 27 negara adalah keutamaan sebelum isu rundingan Brexit," kata Merkel.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang menghadiri sidang kemuncak itu buat kali pertama berkata, EU sudah membangunkan strategi berdasarkan kepentingan blok itu sendiri. - AFP/BH

    Subjects:

  • No Comment to " Britain benar warga EU kekal selepas Brexit "