• Brexit Dorong Rakyat Britain Jadi Warga Jerman

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    BERLIN: Jumlah rakyat Britain yang menjadi warga Jerman meningkat 361 peratus pada 2016, kata Pejabat Statistik Persekutuan hari ini, mengaitkannya dengan keputusan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

    Ramai bimbang Brexit menjadikan mereka sukar untuk tinggal dan bekerja dalam EU di masa hadapan. Secara keseluruhan, sejumlah 2,865 rakyat Britain menjadi warga Jerman tahun lalu kata pejabat berkenaan.

    Peningkatan itu kemungkinan jauh lebih tinggi tahun ini oleh kerana ia mengambil masa beberapa bulan untuk memperoleh pasport Jerman.

    "Kaitannya dengan Brexit amat jelas," kata Pejabat Statistik berkenaan.

    Sesetengah rakyat Britain mungkin bimbang, masa depan negara mereka lebih sukar dengan Brexit, meninggalkannya di luar pasaran tunggal serta kebebasan pergerakan terhad dalam blok itu. B

    ritain dijangka meninggalkan EU menjelang 2019, namun pilihan raya bencana minggu lalu buat Theresa May yang kekal Perdana Menteri tanpa majoriti keseluruhan dalam parlimen, menimbulkan persoalan bagaimana perjanjian Brexit dapat dimuktamadkan.

    Pejabat berkenaan berkata, sejumlah 110,400 warga asing menjadi warga Jerman tahun lalu, peningkatan 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan peratusan meningkat adalah rakyat Britain.

    Kumpulan terbesar menjadi warga Jerman datangnya dari Turki walaupun sejumlah 16,290 yang diluluskan menurun 17.3 peratus berbanding tahun lalu.

    Sejumlah 6,632 rakyat Poland menjadi warga Jerman pada 2016, meningkat 11.3 peratus. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Brexit Dorong Rakyat Britain Jadi Warga Jerman "