• Bomba Selamatkan Anak Kucing Terperangkap Atas Bumbung

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    SRI AMAN: Sepasukan anggota Bomba berjaya menyelamatkan seekor anak kucing terperangkap di atas bumbung papan tanda sebuah kedai Snooker di sini hari ini.

    Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.20 tengahari.

    Menurutnya, seekor anak kucing dilaporkan terperangkap di atas bumbung tersebut sebelum lari ke atas bumbung Everise Supermarket di tingkat satu.


    “Setiba dilokasi, seekor anak kucing didapati takut untuk turun ke bawah kerana masih kecil.

    “Pihak Bomba bertindak mendirikan tangga untuk menyelamatkannya,” katanya.

    Beliau berkata, anak kucing tersebut telah diserahkan kepada pemiliknya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Sarawakiana

  • No Comment to " Bomba Selamatkan Anak Kucing Terperangkap Atas Bumbung "