• Bomba Selamat Lelaki Cuba Bakar Diri

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Cubaan lelaki untuk membunuh diri dengan mengunci pintu bilik dan membakar bilik berkenaan gagal apabila bomba bertindak pantas membuka pintu bilik di rumahnya di Taman Ipoh, Ipoh, hari ini.

    Dalam kejadian 10.45 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun melecur di beberapa bahagian badan antaranya peha, betis dan tangan kanan akibat terkena api yang dipercayai dibakarnya.

    Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.56 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

    Katanya, sebaik tiba anggota mendapati satu bilik di rumah berkenaan terkunci dan terdapat asap dalam bilik berkenaan dipercayai arang yang dibakar mangsa.

    "Anggota menggunakan alatan khas untuk membuka pintu berkenaan sebelum masuk untuk mengeluarkan mangsa.

    "Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut sebelum anggota membuat pengudaraan mengeluarkan asap dari bilik berkenaan," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Selamat Lelaki Cuba Bakar Diri "