• Bintang Instagram Mati Selepas Pegang Bekas Krim Putar

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    Strasbourg: Bintang Instagram dan blogger kesihatan terkenal, Rebecca Burger terbunuh dalam satu insiden aneh, iaitu selepas bekas krim putar yang dipegangnya meletup lalu menghentam dadanya.

    Keluarga menyifatkan kejadian menimpa Burger yang mempunyai ramai pengikut di laman media sosial itu sebagai kemalangan domestik.

    "Dengan rasa sedihnya kami mengumumkan berita kematian Rebecca yang meninggal dunia pada 18 Jun dalam satu kemalangan di dalam rumah," menurut kenyataan yang dimuat naik oleh keluarganya dalam akaun Instagram milik Burger.

    Yang turut dimuat naik, gambar bekas krim putar berukuran kecil serta amaran supaya orang ramai tidak menggunakan bekas yang sama.

    "Inilah contoh bekas krim putar yang meletup dan menghentam dada Rebecca serta menjadi punca kematiannya.

    "Jangan gunakan alat ini di rumah. Ratusan alat yang rosak masih berada di pasaran," katanya.

    Sementara itu, sumber polis mengesahkan kematian itu dan berkata, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bintang Instagram Mati Selepas Pegang Bekas Krim Putar "