• Bawa Tunai Lebih RM600,000 Nak Menunjuk Pada Besan

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    DEMI nak menunjukkan kekayaan kepada keluarga besan, sebuah keluarga sanggup mengusung berbakul-bakul wang kertas berjumlah RM600,000 ke rumah pengantin perempuan di China.

    Turut serta dalam rombongan membawa duit itu adalah pengantin lelaki.

    Manakala kereta mewah turut mengiringi rombongan itu, yang berjalan kaki sambil membawa wang tunai terbabit.

    Permaidani merah disediakan sebagai menyambut pengantin lelaki.

    Mereka kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada keluarga pengantin perempuan.

    Di China, kos perkahwinan adalah amat tinggi dengan setiap keluarga terpaksa bekerja keras untuk menyimpan wang bagi kegunaan anak mereka.- Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Bawa Tunai Lebih RM600,000 Nak Menunjuk Pada Besan "