• 'Batik Malaysia' Jadi Tema Setem

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem bertemakan 'Batik Malaysia' pada 20 Jun ini. Ia adalah edisi kedua bagi tema ini selepas edisi pertama dikeluarkan pada 2005

     Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah, berkata edisi kedua ini menampilkan tiga jenis corak batik yang terkenal di negara ini.

    "Ia adalah batik blok, canting dan 'Tie and Dye'. Ketiga-tiga corak ini adalah setem sepasang kerana kita ingin menunjukkan kesinambungan alatan serta hasil batik berkenaan.

    "Batik sememangnya terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang, jadi kami percaya penerbitan ini akan menonjolkan seni batik kerana ia adalah sebahagian daripada kraftangan tradisional terpenting di negara," katanya.

    Beliau berkata demikian pada pratonton media Siri Setem Batik di sini, hari ini. Diyana berkata, Lembaran Mini (MS) turut diperkenalkan dengan menampilkan imej alatan yang digunakan dalam pembuatan batik blok iaitu blok batik keluli dan blok batik kayu.

    "Setem boleh didapati dengan harga 60 sen bagi batik blok dan batik canting (80 sen) serta batik 'Tie and Dye' (90 sen) sementara MS pada harga RM6.35," katanya.

    Katanya, produk filateli lain seperti sampul surat hari pertama (FDC) bersama risalah percuma dijual pada harga 55 sen setiap keping dan folder (RM6.35) setiap satu serta set lengkap siri setem ini boleh didapati pada harga RM73.80.

    INFO

    * Batik blok, 60 sen

    * Batik canting, 80 sen

    * Batik 'Tie and Dye', 90 sen

    Subjects:

  • No Comment to " 'Batik Malaysia' Jadi Tema Setem "