• Bas Bawa Bahan Letupan Rempuh Pejabat Kerajaan

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila kumpulan pelampau Shabaab memandu bas mini sarat bahan letupan merempuh pejabat kerajaan di ibu negara Mogadishu, Somalia, menurut Kementerian Keselamatan.

    Kenderaan yang merempuh sebuah penghadang keselamatan di luar pejabat di selatan daerah Wadajir, turut mencederakan sembilan orang, termasuk pegawai kanan daerah.

    "Lebih 10 terbunuh dan sembilan cedera dalam letupan yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak Shabaab," kata jurucakap Kementerian Keselamatan, Ahmed Mohamud Mohamed. 

    Kebanyakan mangsa adalah orang awam.

    "Pengawal keselamatan cuba menghalang bas mini, tetapi ia berjaya masuk dan kenderaan itu meletup," kata pegawai keselamatan tempatan, Omar Adan. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bas Bawa Bahan Letupan Rempuh Pejabat Kerajaan "