• Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) Akan Beroperasi Januari Depan

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) yang dicadangakn oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg  bakal beroperasi pada Januari tahun depan.

    Memetik laporan TheBorneoPost, Abang Johari berkata cadangan penubuhan bank tesebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sebuah institusi kewangan milik Sarawak sepenuhnya.

    "Sarawak harus mempunyai bank sendiri untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri. DBOS akan menjadi menjadi sebuah institusi kewangan untuk menjana dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui dana milik rakyat Sarawak sendiri," katanya.

    Beliau menambah, terdapat dua badan yang membantu pertumbuhan di dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IFF) dan Bank Pembangunan dan kita di Asia ada Bank Pembangunan Asia.

    Beliau turut memberi contoh dari negara-negara lain termasuk China yang membentuk bank yang dikenali Bank Pelaburan Infrastruktur Asia sebagai langkah strategik untuk negara maju.

    “China pula menubuhkan apa yang dipanggil Bank Pembangunan China (CDB) untuk mempercepatkan kemajuan mereka.

    "Justeru, dengan langkah strategik (DBoS) ini, kita boleh memberi tumpuan kepada penekanan untuk membangunkan kawasan luar bandar terutamanya," ujarnya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat Sarawak harus bersedia menghadapi pendekatan baru dimana teknologi adalah simbol untuk mengubah kemajuan Sarawak.

    "Anda harus tahu bahawa kita tidak boleh bergantung 100 peratus sepenuhnya kepada kerajaan pusat. Kita mesti mempunyai pendekatan kita sendri malah kita bernasib baIk kerana kerajaan persekutuan menyokong kita," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) Akan Beroperasi Januari Depan "