• Bajet 2018 Dibentangkan 27 Oktober

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober hadapan.

    Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptama ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

    Menurut beliau, majlis konsultasi yang diadakan setiap tahun adalah bagi mendengar pandangan dan cadangan rakyat dalam menggubal bajet negara.

    “Majlis konsultasi ini adalah satu platform penting bagi sektor awam, swasta dan NGO memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu semasa serta langkah menanganinya.

    “Inilah dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Bajet 2018 Dibentangkan 27 Oktober "