• Australia Hantar 2 Pesawat Bantu Tentera Filipina

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+

    SYDNEY: Pasukan pertahanan Australia akan menghantar dua pesawat pemantau tentera untuk membantu tentera Filipina memerangi militan Islam, ketika negara itu bertempur untuk menawan semula bandar raya Marawi.

    "Kerajaan Filipina menerima tawaran dua pesawat AP-3C Orion Pasukan Pertahanan Australia bagi memantau Pasukan Tentera Filipina.

    "Ancaman keganasan serantau, terutama daripada Daesh dan militan asing adalah ancaman secara langsung kepada Australia dan kepentingan kami," kata kenyataan e-mel Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne.

    Kejayaan Daesh merampas Marawi lima minggu lalu dan pertempuran dengan pasukan keselamatan dalam usaha merampas semula bandar itu sudah meragut 369 nyawa, menurut anggaran rasmi.

    Ia juga memberi amaran kepada negara Asia Tenggara lain yang bimbang Daesh cuba mewujudkan kubu kuat di wilayah selatan Filipina yang boleh mengancam seluruh rantau.

    Kapal perang Indonesia dan Malaysia melancarkan rondaan bersama kapal tempur Filipina bagi membendung keganasan di perairan berhampiran.

    Kenyataan Australia itu mengutuk serangan ke atas Marawi tetapi tidak memberikan butiran di mana pesawat itu akan ditempatkan. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Australia Hantar 2 Pesawat Bantu Tentera Filipina "