• Asfia Fail Rayuan

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Rayuan kepada Pendaftar Mahkamah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mmengembalikan status Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut telah difailkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, peguamnya Shankar Ram Asnani memberitahu notis rayuan tersebut telah difailkan pada jam 3:30 petang semalam.

    "Ya, kami telah memfailkan notis rayuan (ke atas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Dr Ting Tiong Choon) pada jam 3:30 petang ini (semalam)," katanya.

    Beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkata itu, namun memberitahu tidak dimaklumkan bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri Kewangan Kedua Dato Wong Soon Koh akan turut memfailkan rayuan mereka. -  Sarawakiana
  • No Comment to " Asfia Fail Rayuan "