• AS Naikkan Kadar Faedah

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan dan menyatakan ia akan mula mengurangkan pegangannya dalam bon dan sekuriti lain pada tahun ini.

    Langkah membayangkan keyakinan bank pusat AS itu terhadap ekonomi negara itu yang semakin berkembang dan dalam usaha memantapkan lagi pasaran pekerjaan.

    Dengan menaikkan penanda aras kadar pinjaman sebanyak 0.25 peratus kepada sasaran antara 1.0 peratus ke 1.25 peratus dan satu lagi ramalan kenaikan tahun ini, Rizab Persekutuan seolah-olah mahu melenyapkan bayangan data ekonomi yang bercampur-campur baru-baru ini.

    Jawatankuasa ketetapan kadar bank pusat AS itu berkata, ekonomi terus kukuh, sektor pekerjaan kekal kukuh dan menunjukkan ia semakin pulih daripada inflasi.

    Rizab Persekutuan itu juga memberi garis pertama yang jelas terhadap rancangan untuk mengurangkan AS$4.2 trilion portfolio bon perbendaharaan dan sekuriti gadai-janji, yang kebanyakan dibeli di tengah-tengah krisis kewangan pada 2007 hingga 2009.

    Ia dijangka akan memulakan imbangan kira-kira tahun ini, beransur-ansur menaikkan kadar.

    "Apa yang saya boleh memberitahu anda bahawa kami menjangkakan mengurangkan baki rizab dan kunci kira-kira keseluruhan kami untuk meningkatkan keyakinan yang mana dilihat lemah pada kebelakangan ini dan lebih besar daripada sebelum krisis kewangan," kata Pengerusinya, Janet Yellen dalam sidang media selepas pengumuman dasar Fed. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " AS Naikkan Kadar Faedah "