• APM Sediakan Petrol Untuk Pengguna

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+


    KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menyediakan bekalan petrol untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang kehabisan minyak sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

    Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, inisiatif tersebut yang dilaksanakan bermula tahun lepas menyasarkan terutamanya penunggang motosikal.

    "Menerusi Ops Bantu ini kita turut membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan lain seperti masalah teknikal dan tayar bocor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan secara serentak Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat jabatan itu, di sini semalam.

    Beliau berkata bagi memastikan bantuan petrol itu lebih berkesan, pihaknya memperuntukkan RM100 untuk setiap daerah berbanding RM300 untuk semua lapan daerah di negeri ini tahun lalu.

    Mengenai tiga operasi itu, Che Adam berkata pihaknya menggerakkan 200 pegawai dan petugas selain turut menempatkan pasukan di kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman dan susur keluar Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " APM Sediakan Petrol Untuk Pengguna "