• Anak TPM, Nurulhidayah Nikah Di Mekah

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+


    ANAK sulung timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, semalam.

    Penikahan Nurul, 38, dan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47, diadakan di Masjid al-Haram, Mekah.

    Berita gembira itu dikongsi oleh Nurul Zahid menerusi laman Instagramnya.

    Difahamkan, hanya keluarga terdekat dan rakan akrab sahaja yang menyaksikan akad nikah ini termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

    Menurut Saiful yang merupakan pengarah urusan Menara Rezeki Sdn Bhd, cinta antara mereka berputik selepas beberapa kali terlibat dalam urusan perniagaan sejak awal tahun ini.

    “Saya tidak percaya. Pelan asal kami adalah untuk memberitahu hal ini kepada keluarga kami di Makkah, tetapi cukup bertuah, kami di sini hari ini untuk meraikan perkahwinan kami,” katanya seperti yang dipetik Malaysian Digest.

    Sementara itu, Nurul berharap agar perkahwinnya kali ini diberkati Allah SWT.

    “Mengetahui bahawa semua orang merestui perkahwinan kami, kami hanya berharap untuk peroleh keberkatan pada hari-hari terakhir Ramadan ini,” katanya lagi.

    Nurul merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak selepas suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dilaporkan meninggal dunia pada Jun tahun lalu selepas menerima rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Anak TPM, Nurulhidayah Nikah Di Mekah "