• Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Jika melihat laman sosial pemilik rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri sudah tentu dapat melihat keakrabannya dengan pembantu rumah.

    Ada yang berpendapat, layanan Aliff Syukri terhadap tiga pembantu rumahnya termasuk seorang tukang kebun tidak seperti majikan dengan pekerja tetapi seperti kawan.

    Namun, dugaan buatnya di bulan Ramadan ini apabila salah seorang daripada pembantu rumahnya ditangkap kerana mencuri pagi tadi.

    Menerusi dua rakaman video ‘live‘ di laman Facebook, Aliff Syukri mendedahkan pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja telah mencuri wang tunai dan kain sutera bertatahkan batu Swarovski asli dari Itali yang dibeli untuk isterinya.

    “Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg dibalas dengan saya,” katanya.

    Kemarahan Aliff terhadap pembantu rumahnya itu tidak dapat disembunyikan sehingga dia mengarahkan wanita itu dihantar ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

    Namun, pembantu rumah itu merayu dan melutut supaya tidak diserahkan kepada polis kerana menyesal dengan perbuatannya.

    Pembantu rumah yang ditangkap kerana mencuri itu enggan diserahkan kepada agen kerana bimbang bertukar kerja dan tidak mahu pulang ke Indonesia.

    Bagaimanapun, tindakan Aliff Syukri untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dilarang isterinya, Datin Nur Shahida kerana kasihan dengan pembantu rumah tersebut yang merayu minta dilepaskan.

    Netizen menyarankan Aliff Syukri membuat laporan polis supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

    Sebelum ini, Aliff Syukri pernah disamun dua pembantu rumahnya dari Indonesia pada 2014.

    Sementara itu, satu lagi rakaman video memaparkan tiga pembantu rumah Aliff Syukri bersemuka dengannya dan mengadu masalah di kalangan mereka. -MYNEWSHUB.CC





    Subjects:

  • No Comment to " Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri "