• 90% Rakyat Malaysia Pekak – Kajian

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Jika anda mempunyai masalah pendengaran atau pekak, cepat-cepat rujuk kepada pakar. Gaya hidup moden mendedahkan kita kepada pencemaran bunyi secara berterusan dan ia menjurus berlakunya masalah pendengaran.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai 360 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran termasuk 32 juta kanak-kanak.

    Masalah pendengaran mungkin berpunca daripada genetik, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan penyakit tertentu, jangkitan telinga kronik, penyalahgunaan ubat, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan penuaan.

    Bedasarkan kaji selidik oleh Nessa Malaysia, 65 peratus rakyat Malaysia tidak pernah melakukan ujian pendengaran sebelum ini.

    Malah, 90 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai masalah pendengaran tidak menggunakan alat bantuan pendengaran, walaupun berhadapan dengan kesan fizikal dan psikologi dalam kehidupan mereka.

    Ini kerana, ramai yang beranggapan menggunakan alat bantuan pendengaran bermaksud mereka sudah tua atau kurang upaya. Ada juga yang berpendapat masalah pendengaran sebahagian daripada penuaan dan mengabaikannya.

    Lebih memburukkan keadaan, segelintir individu dengan masalah pendengaran menggunakan alat pembesar suara untuk menangani masalah pendengaran. - MalaysianAccess

    Subjects:

  • No Comment to " 90% Rakyat Malaysia Pekak – Kajian "