• 8 Kilang Perabot & Sofa Terbakar

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    Lapan kilang terbakar lebih 75 peratus dalam kejadian di Parit Ulu, Jalan Bakri, Muar, malam tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebanyak empat jentera dan 31 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Tangkak dan Bukit Gambir bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

    Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 11.10 malam dan sampai di lokasi tidak lama selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

    "Operasi memadam kebakaran masih berlangsung sejak malam tadi dan beberapa anggota berada di lokasi untuk melakukan pemantauan bagi mencegah kebakaran berulang.

    "Kebakaran membabitkan kilang membuat perabot dan sofa," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 8 Kilang Perabot & Sofa Terbakar "