• 70 Pekerja Syarikat Pembalakan Hilang Tempat Tinggal Di Miri

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    MIRI : Seramai 70 orang hilang tempat tinggal setelah sebuah rumah kayu dua tingkat yang menempatkan pekerja sebuah kilang kayu terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Kuala Baram di sini.

    Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata tiada kemalangan jiwa berlaku berikutan tindakan pantas bomba yang menerima panggilan pada pukul 6.33 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 7.39 pagi.

    "Kilang berkenaan pernah mengalami kebakaran pada tahun 2014 dan berjaya dipadamkan oleh pekerja," katanya di sini hari ini.

    Law berkata, rumah pekerja itu mempunyai 48 bilik iaitu 24 bilik masing-masing di tingkat bawah dan atas, namun hanya enam bilik dapat diselamatkan.

    "Punca dan kerugian masih dalam siasatan, maklumat awal kebakaran dipercayai bermula dari bilik kosong nombor tujuh yang baru dibuat sambungan wayar elektrik untuk penghuni baharu menginap," katanya .

    -- BERNAMA
  • No Comment to " 70 Pekerja Syarikat Pembalakan Hilang Tempat Tinggal Di Miri "