• 7 Maut Letupan Tadika Di China

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    BEIJING: Seramai tujuh orang terbunuh manakala hampir 60 cedera, hari ini dalam letupan di sebuah tadika di timur China, menurut media tempatan yang tidak menyebut sama ada kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

    Agensi berita rasmi Xinhua dan Weibo China berkata, ramai ibu bapa mengambil anak mereka ketika letupan berlaku pada jam 5 petang di berhampiran pintu masuk tadika di Xuzhou.

    Katanya, dua orang mati serta merta dan lima lagi mati akibat kecederaan di alami mereka, manakala 59 cedera, sembilan di kalangan mereka dirawat akibat kecederaan teruk. - Reuters.

    Subjects:

  • No Comment to " 7 Maut Letupan Tadika Di China "