• 6 Kanak-Kanak Maut, Bom Menyerupai Permainan Meletup

    Published: Monday, 26 June 2017
    A- A+

    PESHAWAR: Sebutir bom yang menyerupai permainan kanak-kanak meletup di barat laut Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak yang bermain dengan letupan itu.

    Kejadian di perkampungan Speenmark di selatan Waziristan itu dikatakan berpunca daripada bom yang dijatuhkan oleh pasukan Soviet sekitar tahun 1980-an untuk memerangi pihak yang menentang penjajahan mereka.

    Ratusan kanak-kanak, sebahagian besarnya di barat laut Pakistan maut sebelum ini selepas bermain dengan alat itu, yang direka menyerupai permainan kanak-kanak.

    Seorang pegawai kerajaan tempatan berkata, semua kanak-kanak lelaki itu berusia antara enam tahun dan 12 tahun, manakala dua lagi rakan mereka dilaporkan kritikal akibat letupan itu.

    Selatan Waziristan ialah satu daripada tujuh kawasan dikuasai puak tempatan dan menjadi lokasi pertempuran sengit antara pasukan tentera bersama Taliban serta Al-Qaeda. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Kanak-Kanak Maut, Bom Menyerupai Permainan Meletup "