• 500 Ekor Kucing Terselamat Sebelum Dihidangkan

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Pihak berkuasa Beijing telah berjaya menyelamatkan lebih 500 nyawa kucing sebelum disembelih dan dimasak untuk pengunjung restoran di China.

    Menurut portal 163.com, seorang lelaki berjaya diberkas oleh polis sebelum dia menjual kucing-kucing yang telah ditangkap kepada restoran-restoran.

    Suspek yang bernama Sun sebelum ini didapati sering melakukan kegiatan menjual kucing kepada kedai makan yang menjual hidangan eksotik.

    Menurut seorang penduduk tempatan, dia telah membuat laporan polis setelah haiwan peliharaannya hilang dan menyedari kucing di kawasan perumahannya juga semakin berkurangan.

    Setelah disiasat, pihak berkuasa menemui kucing-kucing itu sedang disembunyikan di satu tempat sebelum dijual.

    ”Kucing-kucing itu telah diumpan dengan menggunakan burung pipit.

    ”Beberapa ekor kucing adalah haiwan peliharaan manakala yang lain adalah kucing jalanan.

    ”Seekor kucing telah dijual dengan harga lebih daripada RM19.

    Kebanyakan kucing ditemui di pondok berdekatan lebuh raya dan ada di antaranya yang hampir mati kelaparan,” jelas pihak polis yang berjaya menyelamatkan kucing-kucing tersebut.-mstar online

    Subjects:

  • No Comment to " 500 Ekor Kucing Terselamat Sebelum Dihidangkan "