• 255,000 Juruterbang Diperlukan Menjelang 2027

    Published: Wednesday, 21 June 2017
    A- A+

    NEW YORK: Dunia memerlukan tambahan 255,000 juruterbang menjelang 2027 untuk menampung pertumbuhan pantas industri penerbangan komersial peringkat global.

    Jangkaan itu diterbitkan syarikat latihan juruterbang CAE Inc yang berkata, jumlah juruterbang sedang dilatih ketika ini mungkin tidak mencukupi.

    Katanya, lebih separuh juruterbang yang diperlukan belum memulakan latihan, sekali gus dijangka menimbulkan masalah ketika industri berdepan peningkatan penumpang trafik udara sekali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.

    "Pertambahan jumlah kapal terbang dan kadar persaraan juruterbang yang tinggi memerlukan 180,000 juruterbang dilatih," kata laporan CAE yang melatih juruterbang untuk syarikat penerbangan di seluruh dunia.

    Beberapa kesatuan juruterbang di Amerika Syarikat berkata, gaji rendah dan manfaat terhad untuk kedudukan junior menyaksikan ramai generasi muda mengelak karier itu.

    Katanya, keperluan latihan juga menjadi penghalang kepada bakal juruterbang di Amerika Syarikat.

    Negara itu adalah satu-satunya di dunia yang memerlukan pembantu juruterbang melepasi 1,500 jam penerbangan, melainkan jika mereka berpengalaman menerbangkan pesawat tentera atau graduan program khas. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 255,000 Juruterbang Diperlukan Menjelang 2027 "