• Wartawan Mati Ditembak

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    MEXICO CITY: Seorang wartawan tempatan dan sambilan Agence France-Presse dilaporkan menjadi mangsa keganasan geng dadah di Mexico apabila ditembak mati, kata sumber mahkamah.

    Javier Valdez, 50, ditembak mati dekat premis Riodoce, akhbar mingguan Mexico yang diasaskan di bandar kelahirannya di Culiacan, wilayah barat laut Sinaloa.

    Pegawai dan kumpulan hak asasi media berkata, Valdez adalah wartawan kelima ditembak mati tahun ini di negara yang diselubungi keganasan dadah dan penyelewengan.

    "Kami berasa terkejut susulan tragedi ini dan merakamkan takziah kepada keluarga Javier dan mereka yang rapat dengan mendiang," kata Pengarah Berita Dunia AFP, Michele Leridon.

    "Kami menggesa pihak berkuasa Mexico supaya menyiasat dari semua aspek bagi menyelesaikan kes pembunuhan ini.

    "Javier menunjukkan semangat kental apabila menghabiskan masa bertahun-tahun menyiasat kartel dadah di Mexico biarpun menyedari nyawanya menjadi risiko." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Wartawan Mati Ditembak "