• Wall Street Catat Penurunan Harian Terbesar

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+
    NEW YORK: Indeks S&P 500 dan Dow Jones mencatat kejatuhan harian terbesar sejak 9 September berikutan harapan pelabur terhadap kemungkinan pemotongan cukai dan dasar pro-perniagaan lain pudar susulan laporan yang menyebut Presiden Donald Trump masuk campur dalam urusan penyiasatan persekutuan dan ini membimbangkan Wall Street. 

    Kedua-dua Dow Jones dan S&P 500 susut di bawah purata pergerakan 50 hari buat pertama kali sejak April. 

    S&P memulakan sesi dengan mencatat penurunan 0.74 peratus, penurunan terbesar sejak 30 Mac 2009, apabila ia dibuka dengan mencatat penyusutan 0.84 peratus. 

    Dow Jones Industrial Average turun 372.82 mata, atau 1.78 peratus, kepada 20,606.93. 

    S&P 500 kehilangan 43.64 mata, atau 1.82 peratus, kepada 2,357.03 manakala Nasdaq Composite turun 158.63 mata, atau 2.57 peratus, kepada 6,011.24. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Wall Street Catat Penurunan Harian Terbesar "