• Video Petugas Perubatan Bergaduh Dalam Bilik Bedah

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    Video pergaduhan antara dua petugas perubatan di dalam bilik bedah menjadi tular di China.

    Rakaman kamera litar tertutup menerusi siaran televisyen menyiarkan pergaduhan antara dua petugas terbabit.

    Pergaduhan bermula mungkin dari perang mulut namun ia menjadi ganas apabila petugas lelaki mencampakkan sarung tangan getah ke arah petugas wanita dan terus menumbuknya bertubi-tubi.

    Pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah pusat perubatan di Lankou, daerah Henan, China Tengah.

    Video yang disiarkan di media China turut memaparkan termuramah bersama pegawai penyiasat yang memberitahu media bahawa pergaduhan berlaku setelah pembedahan selesai dan pesakit tiada dalam bilik bedah terbabit.

    Bagaimanapun, nitizen yang menyaksikan rakaman tersebut mempertikai kenyataan pegawai penyiasat tersebut. - Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Video Petugas Perubatan Bergaduh Dalam Bilik Bedah "