• Trump Arah Pengarah FBI Gugurkan Siasatan

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Donald Trump dikatakan meminta bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, untuk menggugurkan siasatan mengenai hubungan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn dengan Russia, lapor akhbar New York Times. 

    Dalam laporan mengejutkan yang segera dinafikan pentadbiran Trump, akhbar berkenaan menyatakan Comey bertemu presiden itu di Rumah Putih pada 14 Februari lalu, kemudian merumuskan perbincangan mereka mengenai Flynn dalam satu memo. 

    New York Times melaporkan, memo itu yang dibacakan kepada akhbar berkenaan oleh seorang pembantu Comey, menggambarkan Trump menggesa Comey menutup siasatan terhadap hubungan Flynn dengan Russia. 

    "Saya harap anda dapat mencari jalan untuk membiarkan perkara ini, membiarkan Flynn. 

    "Beliau orang baik. Saya harap anda dapat lupakan perkara ini," memo berkenaan memetik Trump sebagai berkata. 

    Flynn, bekas ketua perisikan tentera, terpaksa meletak jawatan sebelum Trump bertemu Comey berhubung kebimbangan kaitannya dengan pegawai Russia. Ia kemudian dilaporkan Flynn disyaki Jabatan Kehakiman sebagai sasaran mudah peras ugut Russia. 

    Tindakan mengejut Trump memecat Comey minggu lalu, mencetuskan tuduhan beliau cuma menghalang siasatan FBI mengenai sama ada kempennya ada hubungan dengan Russia untuk memberi kemenangan kepadanya pada pilihan raya November lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Arah Pengarah FBI Gugurkan Siasatan "