• Terpotong Kaki Isteri Ketika Pangkas Ranting Pokok

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    MALANG menimpa seorang wanita apabila dia terkorban selepas suaminya secara tidak sengaja telah terpotong kedua-dua kakinya ketika sedang memangkas ranting pokok teh dengan menggunakan mesin rumput.

    Ketika itu, mangsa, yang dikenali sebagai Xu dan berasal dari kampung Daiqiao Cun, China, sedang mengutip daun teh.

    Wanita kemudiannya menjerit kesakitan sambil memegang kedua-dua kakinya selepas terkena mesin terbabit.

    Dia dibawa ke hospital namun meninggal dunia disebabkan kehilangan darah yang banyak.

    Menurut doktor, arteri dan tulang kering di kakinya telah terpotong dengan luka yang dalam.

    Mangsa mengalami kejutan dan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah sewaktu dikejarkan ke hospital.

    Kebanyakan penduduk di situ menanam pokok teh di depan rumah mereka dan akan menggunakan gunting untuk memangkas ranting serta daun namun ada segelintir yang menggunakan mesin untuk memudahkan kerja. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Terpotong Kaki Isteri Ketika Pangkas Ranting Pokok "