• Tenis: Federer Tak Sertai Terbuka Perancis

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    PARIS: Roger Federer mengumumkan dia tidak akan beraksi di Roland Garros bagi memperkukuhkan persiapan beliau untuk beraksi di gelanggang rumput dan permukaan keras.

    Juara 18 kali Grand Slam itu pernah memenangi Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat, pada tahun 2009 dan turut menarik diri daripada acara itu tahun lalu akibat kecederaan.

    "Saya bekerja keras, kedua-duanya di dalam dan luar gelanggang, sepanjang bulan lalu.

    "Tetapi untuk beraksi dalam Jelajah Dunia ATP bagi tempoh beberapa tahun lagi, saya rasa keputusan terbaik ialah melupakan musim gelanggang tanah liat dan bersedia untuk musim gelanggang rumput dan permukaan keras," kata pemain berusia 35 tahun itu yang kini di tangga keempat dunia. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tenis: Federer Tak Sertai Terbuka Perancis "