• Suspek Kes Rogol Maut Terjatuh Bangunan

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah premis di Bandar Kinrara Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis melakukan serbuan di rumahnya kira-kira pukul 10.10 malam. 

    "Anggota polis bertindak memecahkan pintu selepas suspek enggan membuka pintu. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri ke unit bawah dengan bergayut di jeriji' dapur.

    "Selepas dipujuk, suspek masih enggan menyerah diri sebelum terjatuh ke bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia. - Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Suspek Kes Rogol Maut Terjatuh Bangunan "