• Stor Simpanan Baja & Racun Di Serian Musnah Dalam Kebakaran

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    SERIAN: Sebuah stor penyimpanan baja dan racun termasuk sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di Ladang Simpang Kampung Malikin, Balai Ringin dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, stor berkenaan telah musnah sama sekali manakala bengkel tersebut musnah hampir 70 peratus.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba ke lokasi, didapati api marak dengan begitu cepat namun punca sebenar kebakaran masih belum dapat dikenalpasti," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Jelasnya, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM3 juta dan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.-Sarawakiana



  • No Comment to " Stor Simpanan Baja & Racun Di Serian Musnah Dalam Kebakaran "