• Siapa Sebenarnya David Teo?

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+
    Sejak semalam, nama David Teo terus trending di media sosial di negara ini kerana insiden tidak menghormati dan didakwa biadap di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga dikasari pelakon Mat Over atau Sulaiman Yassin.

    David Teo merupakan Mejar (K) David Teo seorang usahawan Malaysia berketurunan Cina.

    Dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, dan turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios.

    Menerusi MiG Pictures di bawah kendalian David Teo telah menghasilkan lebih dari 100 judul filem semenjak tahun 2000.

    David Teo dilahirkan pada 1 Ogos 1964 dan berasal dari Kampung Buluh Kasap, beliau menerbitkan filem pertamanya pada dan sehingga April 2015, MiG Pictures dan anak syarikat sudah pun menghasilkan 119 filem.

    Setakat ini, dia adalah filemnya yang paling berjaya dan antara filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila memungut kutipan melebihi 12 juta.

    Beliau memulakan kerjaya dalam bidang jualan langsung pada tahun 1986 dan pada tahun 2000, beliau menerbitkan filem pertama beliau iaitu filem Islamik Sci-Fi ‘Syukur 21’ dengan menampilkan kumpulan nasyid terkenal Raihan.

    David Teo telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Majlis Angkatan Tentera ke untuk menerima Penganugerahan Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP yang membawa gelaran Mejar pada 27 Disember 2011.

    Diatas kredibiliti Mejar (K) David Teo yang sentiasa menepati citarasa para penonton, MiG Production yang juga di bawah kendaliannya telah diberikan 200 jam penerbitan drama setiap tahun.

    Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.

    Selain melibatkan diri secara serius dalam bidang penerbitan filem dan drama, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon dan penyanyi.

    Dia tampil sebagai salah seorang pelakon dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan cameo menerusi filem Suamiku Jatuh Dari Langit, Remp-It, Kala Malam Bulan Mengambang, dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.

    Single pertama beliau, “Kacang” diterbitkan pada tahun 2014.

    David juga telah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan memberikan kenyataan menghina P.Ramlee sebagai contoh menyifatkan bintang lagenda itu sebagai pelakon yang berlagak dan berjoli hingga tiada duit pada usia tua.

    Ia telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan anak seni, netizen dan rakyat Malaysia amnya.

    Di bawah adalah senarai filem terbitan David :

    * Aku Pilih Kamu
    * Highland Tower
    * Laki-Laki
    * Longkai
    * Bencinta
    * Lagenda Budak Hostel
    * Paku Pontianak
    * Adnan Sempit 3
    * 1 Lawan Satu
    * Bro, Nampak Motor Gua Tak?
    * 99 Kali Rindu
    * Dua Kalimah
    * Cerita Kita
    * Pada Suatu Cinta Dahulu
    * Wawa Semput
    * Minyak dagu
    * Strawberi Cinta
    * Ajiboy
    * Budak Pailang
    * Pe-3
    * Aku Terima Nikahnya
    * Taikun
    * Aji Noh Motor
    * Salam Cinta
    * 8 Jam
    * Hanya Aku Cinta Kau Seorang
    * X
    * Nongkrong
    * 3 Temujanji
    * 7 Petala Cinta
    * Adnan Sempit 2
    * Hantu Dalam Botol Kicap
    * Sumpahan Kum-Kum
    * Keramat
    * Papa I Love You
    * Alamak Toyol!
    * Bini-Biniku Gangster
    * Senario The Movie: Ops Pocot
    * Flat 3A
    * Sekali Lagi
    * 3, 2, 1 Cinta
    * Kongsi
    * Kembar Siang
    * Damping Malam
    * Aku Masih Dara
    * Ngangkung
    * Cuti-Cuti Cinta
    * Jangan Pandang Belakang Congkak 2
    * Senario Asam Garam
    * Mantra
    * V3 – Samseng Jalanan
    * Santau
    * Senario The Movie: Episode 2 (Beach Boys)
    * Syurga Cinta
    * Jangan Tegur
    * Brainscan
    * Senario The Movie: Episode 1
    * Congkak
    * 9 September
    * Main-Main Cinta
    * Cinta Fotokopi
    * 7 Perhentian
    * Hingga Hujung Nyawa
    * Zoo
    * Cuti-Cuti Cinta
    * Semerah Cinta Stilleto
    * Selamat Pagi Cinta
    * Jangan Pandang Belakang Congkak
    * Tentang Bulan
    * Jangan Pandang Belakang
    * Anak Mami Kembali
    * Mami Jarum
    * Mami Jarum Junior
    * Jutawan Fakir
    * Kuliah Cinta
    * Tangkai Jering
    * Lady Boss
    * Syukur 21
    * No Problem
    * Mistik
    * Potret Mistik
    * Adnan Semp-it
    * Im Not Single
    * Remp-it

    Sumber: SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Siapa Sebenarnya David Teo? "