• Rundingan damai Syria disambung semula

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    GENEVA: Pusingan baru rundingan damai Syria bermula hari ini, usaha terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menamatkan konflik enam tahun lalu yang mengorbankan lebih 320,000 orang.

    Lima pusingan rundingan damai terdahulu yang digerakkan PBB gagal menghasilkan sebarang keputusan konkrit dan harapan untuk mencapai kata sepakat terus kelam.

    Presiden Syria, Bashar al-Assad terus memperkukuhkan kedudukannya manakala pemberontak semakin goyah akibat kalah teruk di ibu negara Damsyik.

    Difahamkan Assad baru-baru ini mengatakan proses Geneva sebagai tidak sah, sambil memberitahu saluran ONT Belarus bahawa ia 'hanyalah medan mesyuarat bagi media.'

    Rundingan PBB memberi tumpuan kepada empat isu berasingan termasuk tadbir urus, perlembagaan baharu, pilihan raya dan memerangi keganasan di negara bergolak itu.

    Bagaimanapun, Duta Syria ke PBB, Staffan de Mistura menolak dakwaan bahawa rundingan Astana membayangi proses Geneva.

    Dengan pertemuan antara wakil perunding Assad dan pembangkang utama, Jawatankuasa Rundingan Tinggi (HNC) yang dijangka berlangsung di bandar Switzerland sehingga hujung minggu ini, de Mistura berkata, beliau mahu menumpu kepada beberapa isu dengan harapan untuk menghasilkan cadangan yang kukuh, kecuali isu nasib Assad yang masih menemui jalan buntu.

    HNC menegaskan, penyingkiran presiden perlu menjadi sebahagian daripada mana-mana peralihan politik, satu permintaan yang tidak dapat diterima rejim Syria. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Rundingan damai Syria disambung semula "